Thursday, August 13, 2009

Kursus Pemantapan Pengurusan & Pentadbiran Organisasi Puteri

Kursus ini adalah anjuran Biro Latihan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka yang telah diadakan pada 10hb Mei 2009 (Ahad) dari jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang di Dewan JAPERUN Telok Mas.

Program ini telah disertai oleh seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada 'Top 5" Puteri cawangan-cawangan. Tujuan utama kursus ini diadalah adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pentadbiran Puteri cawangan mengenai bagaimana mengendalikan mesyuarat dengan betul.

Sebanyak 3 slot telah diadakan dimana slot pertama bertajuk 'Tataetika Persidangan UMNO' yang telah disampaikan oleh Y.Bhg. En. Yaakob B. Nyat, Pengerusi Biro Latihan UMNO Bahagian Kota Melaka.

Slot kedua bertajuk 'Taklimat Penyediaan Surat & Minit Mesyuarat' yang telah disampaikan oleh Y.Bhg. En. Zaini B. Ismail, Setiausaha UMNO Bahagian Kota Melaka. Di dalam slot ini, peserta telah ditunjukkan cara & contoh penyediaan surat dan minit mesyuarat yang betul.

Slot terakhir bertajuk 'Drama Trapi : Membina Keyakinan Diri & Personaliti' yang telah disampaikan oleh Pn. Suhana Bt. Hamdan, CVR Consultancy Sdn. Bhd.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk LAtiff B. Datuk Hj. Tamby Chik, Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka berhasrat menjadikan program ini sebagai acara tahunan dalam usaha membantu kepimpinan di peringkat Puteri cawangan menjalankan tugas-tugas pentadbiran.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.