Program ini telah diadakan pada 18hb April 2009 (Sabtu) di Dewan SMK Padang Temu bermula dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Seramai 120 orang pelajar UPSR dan 11 orang pelajar tingkatan 1 telah menyertai program ini. Turut membanggakan adalah kehadiran ibubapa yang menggalakkan iaitu seramai 82 orang.
Bermula dengan ceramah yang bertajuk 'Bagaimana menjadi cemerlang menurut Islam?' diikuti dengan ceramah 'Peranan ibubapa terhadap anak-anak' dan diakhiri dengan slot yang menyentuh hati apabila pelajar-pelajar menitiskan air mata apabila mendengar setiap perkataan yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Fadly B. Samin.
Sebagai penganjur, kami sangat mengharapkan adik-adik ini akan mendapat manfaat dari program yang telah kami aturkan. Ini adalah salah satu usaha kami di peringkat UMNO Bahagian Kota Melaka dalam memastikan anak-anak ahli parti mendapat pendidikan yang baik.