Sunday, August 16, 2009

Kenangan Sewaktu Bengkel Kecemerlangan & Teknik Menjawab Soalan UPSR 2009

Pelajar bersedia untuk pulang


Sukaneka Pantai


Latihan Dalam Kumpulan


Sewaktu mendengar ceramah

Bengkel Kecemerlangan & Teknik Menjawab Soalan UPSR 2009


Agenda pendidikan merupakan agenda utama di dalam UMNO Bahagian Kota Melaka di bawah kepimpinan YB Datuk Latiff Bin Datuk Hj. Tamby Chik, Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka. Bermula dari tahun 2005 dan hingga ke hari ini sudah 5 tahun agenda pendidikan menjadi teras utama di dalam UMNO Bahagian Kota Melaka. YB Datuk Latiff telah mengamanahkan setiap sayap dimana Puteri diamanahkan untuk menjaga adik-adik UPSR, Pemuda diamanahkan menjaga adik-adik PMR dan Wanita diamanahkan menjaga adik-adik SPM.

Bengkel Kecemerlangan dan Teknik Menjawab Soalan UPSR 2009 ini merupakan program kedua anjuran Biro Pendidikan Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka yang telah diadakan pada 06hb Jun 2009 hingga 08hb Jun 2009 di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Masjid Tanah. Penyertaan seramai 87 orang terdiri daripada anak-anak ahli UMNO di dalam Bahagian Kota Melaka.

Di dalam bengkel ini para pelajar didedahkan dengan teknik dan cara menjawab soalan dengan betul oleh para penceramah yang berpengalaman di dalam mata pelajaran masing-masing.

Selain dari bengkel, pelajar turut diberi peluang melihat tayangan 3D dan melihat bulan pada hari pertama. Manakala pelbagai aktiviti riadah dijalankan seperti poco-poco, bola beracun, sukaneka pantai da permainan barang kesayanganku bagi melatih peserta untuk bekerjasama sesama ahli kumpulan.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Y.Bhg En. Zaini Bin Ismail, Setiausaha UMNO Bahagian Kota Melaka yang mewakili YB Datuk Latiff B. Datuk Hj. Tamby Chik. Turut hadir adalah Pn. Seriwani Sabtu, Exco Puteri Malaysia merangkap Pengerusi Biro Pelajaran UMNO Malaysia sebagai tetamu kehormat pada majlis berkenaan dan jawatankuasa UMNO Bahagian, Puteri, Wanita dan Pemuda Bahagian Kota Melaka.

Thursday, August 13, 2009

Kursus Pemantapan Pengurusan & Pentadbiran Organisasi Puteri

Kursus ini adalah anjuran Biro Latihan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka yang telah diadakan pada 10hb Mei 2009 (Ahad) dari jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang di Dewan JAPERUN Telok Mas.

Program ini telah disertai oleh seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada 'Top 5" Puteri cawangan-cawangan. Tujuan utama kursus ini diadalah adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pentadbiran Puteri cawangan mengenai bagaimana mengendalikan mesyuarat dengan betul.

Sebanyak 3 slot telah diadakan dimana slot pertama bertajuk 'Tataetika Persidangan UMNO' yang telah disampaikan oleh Y.Bhg. En. Yaakob B. Nyat, Pengerusi Biro Latihan UMNO Bahagian Kota Melaka.

Slot kedua bertajuk 'Taklimat Penyediaan Surat & Minit Mesyuarat' yang telah disampaikan oleh Y.Bhg. En. Zaini B. Ismail, Setiausaha UMNO Bahagian Kota Melaka. Di dalam slot ini, peserta telah ditunjukkan cara & contoh penyediaan surat dan minit mesyuarat yang betul.

Slot terakhir bertajuk 'Drama Trapi : Membina Keyakinan Diri & Personaliti' yang telah disampaikan oleh Pn. Suhana Bt. Hamdan, CVR Consultancy Sdn. Bhd.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk LAtiff B. Datuk Hj. Tamby Chik, Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka berhasrat menjadikan program ini sebagai acara tahunan dalam usaha membantu kepimpinan di peringkat Puteri cawangan menjalankan tugas-tugas pentadbiran.

Thursday, July 2, 2009

Program Motivasi Keibubapaan Pelajar Tingkatan 1 & UPSR 2009

Peserta Program Motivasi Keibubapaan Pelajar Tingkatan 1 & UPSR 2009 Bergambar Kenangan Bersama YB Datuk Latiff B. Datuk Hj. Tamby Chik di Dewan SMK Padang Temu

Biro Pendidikan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka telah menganjurkan Program Motivasi Keibubapaan Pelajar Tingkatan 1 & UPSR 2009. Program ini merupakan program pertama Biro Pendidikan Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka.

Program ini telah diadakan pada 18hb April 2009 (Sabtu) di Dewan SMK Padang Temu bermula dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Seramai 120 orang pelajar UPSR dan 11 orang pelajar tingkatan 1 telah menyertai program ini. Turut membanggakan adalah kehadiran ibubapa yang menggalakkan iaitu seramai 82 orang.

Bermula dengan ceramah yang bertajuk 'Bagaimana menjadi cemerlang menurut Islam?' diikuti dengan ceramah 'Peranan ibubapa terhadap anak-anak' dan diakhiri dengan slot yang menyentuh hati apabila pelajar-pelajar menitiskan air mata apabila mendengar setiap perkataan yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Fadly B. Samin.

Sebagai penganjur, kami sangat mengharapkan adik-adik ini akan mendapat manfaat dari program yang telah kami aturkan. Ini adalah salah satu usaha kami di peringkat UMNO Bahagian Kota Melaka dalam memastikan anak-anak ahli parti mendapat pendidikan yang baik.

JADUAL PERSIDANGAN

PERSIDANGAN PUTERI UMNO CAWANGAN-CAWANGAN

DALAM BAHAGIAN KOTA MELAKA

Sabtu (06/06/09)

MASA

CAWANGAN

TEMPAT

WAKIL BAHAGIAN

8.30 mlm

Baruh Alai

Balairaya Baruh Alai

Farah Eyani

Ahad (07/06/09)

MASA

CAWANGAN

TEMPAT

WAKIL BAHAGIAN

8.30 mlm

Padang Teh

Halaman Rumah Ketua Pemuda Cawangan

Azlina

Sabtu (20/06/09)

MASA

CAWANGAN

TEMPAT

WAKIL BAHAGIAN

2.30 ptg

Permatang Pasir Hilir

Bilik Bacaan Permatang Pasir

Norfarina

8.45 mlm

Kampung Morten

Balairaya Kampung Morten

Zurina Bidin

8.00 mlm

Pengkalan Rama Pantai

Madrasah Pengkalan Rama Pantai

Azlina

9.00 mlm

Bukit Pegoh / Bukit Larang

Balairaya Bukit Larang Indah

Farah Eyani

9.00 mlm

Sungai Duyong

Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong

Lizah Ramli

Ahad (21/06/09)

MASA

CAWANGAN

TEMPAT

WAKIL BAHAGIAN

2.00 ptg

Semabok

Bilik Mesyuarat JAPERUN Duyong

Suriati

3.00 ptg

Pengkalan Jajar

Balairaya Pengkalan Jajar

Norfarina

8.00 mlm

Kampung Atap

Pusat Aktiviti Kanak-kanak, Ujong Pasir

Suhaily

7.45 mlm

Duyong

Rumah Tradisional, Perigi Hang Tuah

Zurina Bidin

8.30 mlm

Alai

Balairaya Alai

Norfarina

Jumaat (26/06/09)

MASA

CAWANGAN

TEMPAT

WAKIL BAHAGIAN

8.30 mlm

Pengkalan Rama Tengah

Gelanggang Badminton

Zurina

8.30 mlm

Pandan Jaya

Bilik Bacaan Taman Pandan Jaya

Azlina

Sabtu (27/06/09)

MASA

CAWANGAN

TEMPAT

WAKIL BAHAGIAN

8.00 mlm

Kampung Padang Pantai

Balairaya Kg. Padang Pantai

Suhaily

8.00 mlm

Kampung Padang

Balairaya Rumah Pangsa Kg. Padang

Azlina

8.30 mlm

Permatang Duyong

Balairya Permatang Duyong

Lizah

8.30 mlm

Mata Kuching

Balairaya Mata Kuching

Suriati

8.30 mlm

Padang Temu

Balairaya Padang Temu

Farah Eyani

Ahad (28/06/09)

MASA

CAWANGAN

TEMPAT

WAKIL BAHAGIAN

2.00 ptg

Tambak Sebelong

Bilik Bacaan Tambak Sebelong

Yati Zainal

2.00 ptg

Desa Duyong

Balairaya Desa Duyong

Zurina

2.30 ptg

Permatang Pasir

Bilik Bacaan Permatang Pasir

Norfarina

8.30 mlm

Kampung Sembilan

Bilik Bacaan Kampung Sembilan

Norfarina

8.30 mlm

Semabok Dalam

Balairaya Bukit Godek

Normala

AHLI JAWATANKUASA PERGERAKAN PUTERI UMNO

AHLI JAWATANKUASA PERGERAKAN PUTERI UMNO

BAHAGIAN KOTA MELAKA

BAGI TAHUN 2008 - 2011

JAWATAN
NAMA / ALAMAT
NO. TELEFON

Pengerusi Tetap

Pn. Fadilah Binti Daud

717-1, Jalan Sentosa, Desa Alai

75460 Melaka

H : 012-621 0946

Timbalan Pengerusi Tetap

Cik Siti Hawa Binti Abdullah

9943, Batu 3 ½, Kampung Duyong

75460 Melaka

H : 016-337 2985

Ketua Puteri

Cik Haryaty Binti Hamdzah

1399-1, KM. 6, Kampung Duyong

75460 Melaka

H : 012-689 6724

Naib Ketua Puteri

Pn. Rosidah Binti Zainal

No. 119, Jalan AP 21, Taman Alai Perdana

75460 Melaka

H : 012-674 1574

Setiausaha

En. Zaini Bin Ismail

No. 151-D, Kampung Bukit China

75100 Melaka

H : 012-254 9898

*** Penolong Setiausaha

Cik Norfaria Binti Janudin

No. 104, Pengkalan Rama Pantai

75100 Melaka

H : 012-695 1554

*** Penolong Bendahari

Pn. Suzana Binti Othman

No. 2, Jalan BKI 4, Taman Bukit Katil Indah

75450 Melaka

H : 012-644 5779

*** Ketua Penerangan

Cik Mastura Binti Yaakob

No. 143-2, Lorong Samah Adam

Kampung Padang, 75250 Melaka

H : 012-659 8356

Ahli Jawatankuasa

Cik Zurina Binti Bidin

1044-2, Batu 4 ½, Bukit Duyong

75400 Melaka

H : 012-619 1566

Ahli Jawatankuasa

Cik Siti Nuwairani Binti Mat Saat

No. 8, Jalan Pandan Jaya

Taman Pandan Jaya, 75250 Melaka

H : 017-676 4417

Ahli Jawatankuasa

Cik Rubis Binti Ismail

KM. 8, Jalan Pengkalan Jajar

Kampung Alai, 75460 Melaka

H : 013-616 1039

Ahli Jawatankuasa

Cik Siti Mawarni Binti Mohd Yassin

No. 244-3, Batu 3 ½, Jalan Pokok Mangga

75250 Melaka

R : 06-293 1552

Ahli Jawatankuasa

Cik Farah Eyani Binti Zainal Abidin

1784-1, Jalan Pengkalan Jajar

KM. 8, Alai, 75460 Melaka

H : 012-743 4006

Ahli Jawatankuasa

Pn. Norhayati Binti Zainal

No. 873-2, Jalan Aman

Kampung Alai, 75460 Melaka

H : 012-384 0655

Ahli Jawatankuasa

Pn. Saniah Binti Abdul

No. 5, Jalan ½, Taman Permatang Pasir

Alai, 75460 Melaka

H : 016-631 5727

Ahli Jawatankuasa

Cik Hanisah Binti Hamdzah

1399-1, KM. 6, Kampung Duyong

75460 Melaka

H : 012-691 9864

Ahli Jawatankuasa

Pn. Suhaily Binti Hamid

2A, Kampung Sembilan, Jalan Tengkera

75250 Melaka

H : 013-257 7736

Ahli Jawatankuasa

Pn. Lizah Binti Ramli

600-3, Semabok Dalam

75050 Melaka

H : 012-603 5547

Ahli Jawatankuasa

Cik Suriati Binti Abd Raoh

B7, Tingkat Bawah, Rumah Pangsa Ujong Pasir, Ujong Pasir, 75050 Melaka

H : 012-665 0460

Ahli Jawatankuasa

Pn. Idah Norehan Binti Abu

No. 171-1, Batu 3 ½, Kampung Duyong

75460 Melaka

H : 012-627 1258

Ahli Jawatankuasa

Pn. Siti Sumaiyah Binti Roslan

748, KM 8, Jalan Hj. Alias

Kampung Alai, 75460 Melaka

H : 017-935 3315

Ahli Jawatankuasa

Pn. Susanti Binti Mappatola

No. 4, Jalan Desa Duyong 9

Taman Desa Duyong, 75460 Melaka

H : 012-934 2421

Ahli Jawatankuasa

Pn. Normala Binti Abu Bakar

No. 6, Jalan SD 2/18, Taman Seri Duyong 2

Fasa 2, 75460 Melaka

H : 012-665 0460

*** Ahli Jawatankuasa

Pn. Azlina Binti Abdullah

135, Ujong Pasir

75050 Melaka

H : 019-683 4316

*** Ahli Jawatankuasa

Pn. Zohrah Binti Sidek

Batu 3, Jalan Masjid Padang Temu

75050 Melaka

H : 012-690 4718

Setiausaha Kerja

Cik Norazlindah Binti Ithnin

649-2, Batu 2 ¾, Kampung Semabok

75050 Melaka

H : 017-377 3015

*** Jawatankuasa dilantik