Sunday, August 16, 2009
Bengkel Kecemerlangan & Teknik Menjawab Soalan UPSR 2009
Agenda pendidikan merupakan agenda utama di dalam UMNO Bahagian Kota Melaka di bawah kepimpinan YB Datuk Latiff Bin Datuk Hj. Tamby Chik, Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka. Bermula dari tahun 2005 dan hingga ke hari ini sudah 5 tahun agenda pendidikan menjadi teras utama di dalam UMNO Bahagian Kota Melaka. YB Datuk Latiff telah mengamanahkan setiap sayap dimana Puteri diamanahkan untuk menjaga adik-adik UPSR, Pemuda diamanahkan menjaga adik-adik PMR dan Wanita diamanahkan menjaga adik-adik SPM.
Bengkel Kecemerlangan dan Teknik Menjawab Soalan UPSR 2009 ini merupakan program kedua anjuran Biro Pendidikan Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka yang telah diadakan pada 06hb Jun 2009 hingga 08hb Jun 2009 di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Masjid Tanah. Penyertaan seramai 87 orang terdiri daripada anak-anak ahli UMNO di dalam Bahagian Kota Melaka.
Di dalam bengkel ini para pelajar didedahkan dengan teknik dan cara menjawab soalan dengan betul oleh para penceramah yang berpengalaman di dalam mata pelajaran masing-masing.
Selain dari bengkel, pelajar turut diberi peluang melihat tayangan 3D dan melihat bulan pada hari pertama. Manakala pelbagai aktiviti riadah dijalankan seperti poco-poco, bola beracun, sukaneka pantai da permainan barang kesayanganku bagi melatih peserta untuk bekerjasama sesama ahli kumpulan.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Y.Bhg En. Zaini Bin Ismail, Setiausaha UMNO Bahagian Kota Melaka yang mewakili YB Datuk Latiff B. Datuk Hj. Tamby Chik. Turut hadir adalah Pn. Seriwani Sabtu, Exco Puteri Malaysia merangkap Pengerusi Biro Pelajaran UMNO Malaysia sebagai tetamu kehormat pada majlis berkenaan dan jawatankuasa UMNO Bahagian, Puteri, Wanita dan Pemuda Bahagian Kota Melaka.
Thursday, August 13, 2009
Kursus Pemantapan Pengurusan & Pentadbiran Organisasi Puteri
Program ini telah disertai oleh seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada 'Top 5" Puteri cawangan-cawangan. Tujuan utama kursus ini diadalah adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pentadbiran Puteri cawangan mengenai bagaimana mengendalikan mesyuarat dengan betul.
Sebanyak 3 slot telah diadakan dimana slot pertama bertajuk 'Tataetika Persidangan UMNO' yang telah disampaikan oleh Y.Bhg. En. Yaakob B. Nyat, Pengerusi Biro Latihan UMNO Bahagian Kota Melaka.
Slot kedua bertajuk 'Taklimat Penyediaan Surat & Minit Mesyuarat' yang telah disampaikan oleh Y.Bhg. En. Zaini B. Ismail, Setiausaha UMNO Bahagian Kota Melaka. Di dalam slot ini, peserta telah ditunjukkan cara & contoh penyediaan surat dan minit mesyuarat yang betul.
Slot terakhir bertajuk 'Drama Trapi : Membina Keyakinan Diri & Personaliti' yang telah disampaikan oleh Pn. Suhana Bt. Hamdan, CVR Consultancy Sdn. Bhd.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk LAtiff B. Datuk Hj. Tamby Chik, Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka.
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka berhasrat menjadikan program ini sebagai acara tahunan dalam usaha membantu kepimpinan di peringkat Puteri cawangan menjalankan tugas-tugas pentadbiran.
Thursday, July 2, 2009
Program Motivasi Keibubapaan Pelajar Tingkatan 1 & UPSR 2009
Program ini telah diadakan pada 18hb April 2009 (Sabtu) di Dewan SMK Padang Temu bermula dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Seramai 120 orang pelajar UPSR dan 11 orang pelajar tingkatan 1 telah menyertai program ini. Turut membanggakan adalah kehadiran ibubapa yang menggalakkan iaitu seramai 82 orang.
Bermula dengan ceramah yang bertajuk 'Bagaimana menjadi cemerlang menurut Islam?' diikuti dengan ceramah 'Peranan ibubapa terhadap anak-anak' dan diakhiri dengan slot yang menyentuh hati apabila pelajar-pelajar menitiskan air mata apabila mendengar setiap perkataan yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Fadly B. Samin.
Sebagai penganjur, kami sangat mengharapkan adik-adik ini akan mendapat manfaat dari program yang telah kami aturkan. Ini adalah salah satu usaha kami di peringkat UMNO Bahagian Kota Melaka dalam memastikan anak-anak ahli parti mendapat pendidikan yang baik.
JADUAL PERSIDANGAN
PERSIDANGAN PUTERI UMNO CAWANGAN-CAWANGAN
DALAM BAHAGIAN
Sabtu (06/06/09)
MASA | CAWANGAN | TEMPAT | WAKIL BAHAGIAN |
8.30 mlm | Baruh Alai | Balairaya Baruh | Farah Eyani |
Ahad (07/06/09)
MASA | CAWANGAN | TEMPAT | WAKIL BAHAGIAN |
8.30 mlm | | Halaman Rumah Ketua Pemuda Cawangan | Azlina |
Sabtu (20/06/09)
MASA | CAWANGAN | TEMPAT | WAKIL BAHAGIAN |
2.30 ptg | Permatang Pasir Hilir | Bilik Bacaan Permatang Pasir | Norfarina |
8.45 mlm | Kampung Morten | Balairaya Kampung Morten | Zurina Bidin |
8.00 mlm | Pengkalan Rama Pantai | Madrasah Pengkalan Rama Pantai | Azlina |
9.00 mlm | Bukit Pegoh / Bukit Larang | Balairaya Bukit Larang Indah | Farah Eyani |
9.00 mlm | Sungai Duyong | Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong | Lizah Ramli |
Ahad (21/06/09)
MASA | CAWANGAN | TEMPAT | WAKIL BAHAGIAN |
2.00 ptg | Semabok | Bilik Mesyuarat JAPERUN Duyong | Suriati |
3.00 ptg | Pengkalan Jajar | Balairaya Pengkalan Jajar | Norfarina |
8.00 mlm | Kampung Atap | Pusat Aktiviti Kanak-kanak, Ujong Pasir | Suhaily |
7.45 mlm | Duyong | Rumah Tradisional, Perigi Hang Tuah | Zurina Bidin |
8.30 mlm | | Balairaya Alai | Norfarina |
Jumaat (26/06/09)
MASA | CAWANGAN | TEMPAT | WAKIL BAHAGIAN |
8.30 mlm | Pengkalan Rama Tengah | Gelanggang Badminton | Zurina |
8.30 mlm | Pandan Jaya | Bilik Bacaan | Azlina |
Sabtu (27/06/09)
MASA | CAWANGAN | TEMPAT | WAKIL BAHAGIAN |
8.00 mlm | Kampung Padang Pantai | Balairaya Kg. Padang Pantai | Suhaily |
8.00 mlm | Kampung Padang | Balairaya Rumah Pangsa Kg. Padang | Azlina |
8.30 mlm | Permatang Duyong | Balairya Permatang Duyong | Lizah |
8.30 mlm | Mata Kuching | Balairaya Mata Kuching | Suriati |
8.30 mlm | | Balairaya Padang Temu | Farah Eyani |
Ahad (28/06/09)
MASA | CAWANGAN | TEMPAT | WAKIL BAHAGIAN |
2.00 ptg | Tambak Sebelong | Bilik Bacaan Tambak Sebelong | Yati Zainal |
2.00 ptg | Desa Duyong | Balairaya Desa Duyong | Zurina |
2.30 ptg | Permatang Pasir | Bilik Bacaan Permatang Pasir | Norfarina |
8.30 mlm | Kampung Sembilan | Bilik Bacaan Kampung Sembilan | Norfarina |
8.30 mlm | Semabok Dalam | Balairaya Bukit Godek | Normala |
AHLI JAWATANKUASA PERGERAKAN PUTERI UMNO
AHLI JAWATANKUASA PERGERAKAN PUTERI UMNO
BAHAGIAN KOTA MELAKA
BAGI TAHUN 2008 - 2011
JAWATAN | NAMA / ALAMAT | NO. TELEFON |
Pengerusi Tetap | Pn. Fadilah Binti Daud 717-1, Jalan Sentosa, Desa Alai 75460 Melaka | H : 012-621 0946 |
Timbalan Pengerusi Tetap | Cik Siti Hawa Binti Abdullah 9943, Batu 3 ½, Kampung Duyong 75460 Melaka | H : 016-337 2985 |
Ketua Puteri | Cik Haryaty Binti Hamdzah 1399-1, KM. 6, Kampung Duyong 75460 Melaka | H : 012-689 6724 |
Naib Ketua Puteri | Pn. Rosidah Binti Zainal No. 119, Jalan AP 21, Taman Alai Perdana 75460 Melaka | H : 012-674 1574 |
Setiausaha | En. Zaini Bin Ismail No. 151-D, Kampung Bukit 75100 Melaka | H : 012-254 9898 |
*** Penolong Setiausaha | Cik Norfaria Binti Janudin No. 104, Pengkalan Rama Pantai 75100 Melaka | H : 012-695 1554 |
*** Penolong Bendahari | Pn. Suzana Binti Othman No. 2, Jalan BKI 4, Taman Bukit Katil Indah 75450 Melaka | H : 012-644 5779 |
*** Ketua Penerangan | Cik Mastura Binti Yaakob No. 143-2, Lorong Samah Adam | H : 012-659 8356 |
Ahli Jawatankuasa | Cik Zurina Binti Bidin 1044-2, Batu 4 ½, Bukit Duyong 75400 Melaka | H : 012-619 1566 |
Ahli Jawatankuasa | Cik Siti Nuwairani Binti Mat Saat No. 8, Jalan Pandan Jaya Taman Pandan Jaya, 75250 Melaka | H : 017-676 4417 |
Ahli Jawatankuasa | Cik Rubis Binti Ismail KM. 8, Jalan Pengkalan Jajar Kampung Alai, 75460 Melaka | H : 013-616 1039 |
Ahli Jawatankuasa | Cik Siti Mawarni Binti Mohd Yassin No. 244-3, Batu 3 ½, Jalan Pokok Mangga 75250 Melaka | R : 06-293 1552 |
Ahli Jawatankuasa | Cik Farah Eyani Binti Zainal Abidin 1784-1, Jalan Pengkalan Jajar KM. 8, Alai, 75460 Melaka | H : 012-743 4006 |
Ahli Jawatankuasa | Pn. Norhayati Binti Zainal No. 873-2, Jalan Aman Kampung Alai, 75460 Melaka | H : 012-384 0655 |
Ahli Jawatankuasa | Pn. Saniah Binti Abdul No. 5, Jalan ½, Taman Permatang Pasir Alai, 75460 Melaka | H : 016-631 5727 |
Ahli Jawatankuasa | Cik Hanisah Binti Hamdzah 1399-1, KM. 6, Kampung Duyong 75460 Melaka | H : 012-691 9864 |
Ahli Jawatankuasa | Pn. Suhaily Binti Hamid 2A, Kampung Sembilan, Jalan Tengkera 75250 Melaka | H : 013-257 7736 |
Ahli Jawatankuasa | Pn. Lizah Binti Ramli 600-3, Semabok Dalam 75050 Melaka | H : 012-603 5547 |
Ahli Jawatankuasa | Cik Suriati Binti Abd Raoh B7, Tingkat Bawah, Rumah Pangsa Ujong Pasir, Ujong Pasir, 75050 Melaka | H : 012-665 0460 |
Ahli Jawatankuasa | Pn. Idah Norehan Binti Abu No. 171-1, Batu 3 ½, Kampung Duyong 75460 Melaka | H : 012-627 1258 |
Ahli Jawatankuasa | Pn. Siti Sumaiyah Binti Roslan 748, KM 8, Jalan Hj. Alias Kampung Alai, 75460 Melaka | H : 017-935 3315 |
Ahli Jawatankuasa | Pn. Susanti Binti Mappatola No. 4, Jalan Desa Duyong 9 Taman Desa Duyong, 75460 Melaka | H : 012-934 2421 |
Ahli Jawatankuasa | Pn. Normala Binti Abu Bakar No. 6, Jalan SD 2/18, Taman Seri Duyong 2 Fasa 2, 75460 Melaka | H : 012-665 0460 |
*** Ahli Jawatankuasa | Pn. Azlina Binti Abdullah 135, Ujong Pasir 75050 Melaka | H : 019-683 4316 |
*** Ahli Jawatankuasa | Pn. Zohrah Binti Sidek Batu 3, Jalan Masjid Padang Temu 75050 Melaka | H : 012-690 4718 |
Setiausaha Kerja | Cik Norazlindah Binti Ithnin 649-2, Batu 2 ¾, Kampung Semabok 75050 Melaka | H : 017-377 3015 |
*** Jawatankuasa dilantik